Letupan Pengganas di Elazığ Turki

Organisasi Pengganas separatis PKK sekali lagi menargetkan polis.

Kereta bermuatan bom yang diletupkan didepan gedung Kantor Kepolisian Elazığ,menurut laporan awal menewaskan 3 polis.

Pada peristiwa ini,juga terdapat 100 orang cedera,10 diantaranya kritis.

Para pengganas meletupkan kereta bermuatan bom di tempat parkir gedung Kepolisian bertingkat 4 yang jauhnya 6 km dari pusat bandar.

Gedung tersebut mengalami kerosakan teruk akibat letupan yang memekakkan telinga.

Pepohonan tercabut dari akarnya dan tanah-tanah berlubang besar.

Menteri Pertahanan Turki,Fikri Işık,berkata bahawa serangan pengkhianat organisasi pengganas ini,menunjukkan bahawa bukan mengejar hak-hak rakyat asal Kurdish.

Işık;

''Ada satu petunjuk yang sangat jelas bahawa mereka adalah alat kuasa global,"