Aksi Berjalan Melaknat Keganasan

Warga bandar Malazgirt, Muş-Turki, mengutuk serangan pengganas. Walaupun cuaca sejuk, warga Malazgirt memenuhi depan kantor Gabenor. Para warga membawa bendera Turki dan melontarkan slogan-slogan ''Celakalah PKK'', ''Para Syahid tidak mati, tanah air tidak akan berbelah'', dan ''Semoga tangan-tangan yang menyentuh polis patah''. Pada perhimpunan yang memprotes serangan-serangan pertubuhan pengganas terhadap pasukan keselamatan dan orang awam, telah dibacakan Al-Quran dan doa-doa untuk para syahid.