Turki: 'Perpindahan Kedutaan Honduras ke Jerusalem Adalah Pelanggaran Undang-undang Antarabangsa'

Turki menyeru Honduras untuk berpaling dari "langkah yang salah ini"

1664537
Turki: 'Perpindahan Kedutaan Honduras ke Jerusalem Adalah Pelanggaran Undang-undang Antarabangsa'

 

Turki menilai perpindahan Kedutaan Honduras dari Tel Aviv ke Jerusalem sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

"Dengan langkah ini, Honduras melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk resolusi PBB mengenai status Jerusalem, dan merosakkan visinya untuk penyelesaian dua negara dan harapan perdamaian di rantau ini." Kata Kementrian Luar Turki.

"Ia adalah satu perkembangan yang malang bahawa Honduras berpindah Kedutaan dari Tel Aviv ke Jerusalem dan Kedutaan telah dirasmikan. Kami mengutuk keputusan ini." Kata Kementrian yang juga menyeru Honduras untuk berpaling dari "langkah yang salah ini".

Negara Amerika Latin Honduras memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem, dan pembukaan bangunan kedutaan itu dibuat oleh Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez semalam.

Dengan langkah ini, Honduras menjadi negara ke-4 yang memindahkan kedutaannya ke Jerusalem selepas Amerika Syarikat (AS), Guatemala dan Kosovo.

Presiden AS sebelumnya Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai "ibu kota Israel" pada 6 Disember 2017, dan kedutaan negaranya di Tel Aviv dibuka dengan upacara rasmi pada 14 Mei 2018.



Berita Terkait