Turki Hantar Lagi 50.000 Dos Vaksin Sinovac ke TRNC

Jumlah vaksin yang dihantar oleh Turki ke TRNC mencecah 290 ribu dos.

1662399
Turki Hantar Lagi 50.000 Dos Vaksin Sinovac ke TRNC

 

Turki menghantar lagi 50 ribu dos vaksin Sinovac ke Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) sebagai sebahagian daripada usaha memerangi jenis baru coronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan bertulis dibuat oleh Kementerian Kesihatan TRNC, pesawat ambulans milik Kementerian Kesihatan Turki, yang membawa vaksin, mendarat di Lapangan Terbang Ercan petang semalam.

Vaksin diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan TRNC.

Dengan demikian, jumlah vaksin yang dihantar oleh Turki ke TRNC mencecah 290 ribu dos.



Berita Terkait