Covid-19, Turki Cabut Seluruh Perintah Berkurung Bermula 1 Julai

Jumlah vaksin dos pertama dan kedua yang diberikan di seluruh Turki dalam skop memerangi Covid-19 adalah 42 juta 677 ribu 214.

1662356
Covid-19, Turki Cabut Seluruh Perintah Berkurung Bermula 1 Julai

 

Dalam perjuangan menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), di Turki kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam masa 24 jam adalah 51 orang.

Dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 49 ribu 236.

Dalam tempoh yang sama, 221 ribu 52 ujian dilakukan dan 429 kes baharu dikesan. Jumlah kes sehari ialah 5 ribu 294.

Bersama 5.093 pesakit yang telah menyelesaikan rawatan, bilangan pesakit sembuh adalah meningkat kepada 5 juta 237 ribu 731.

Selain itu, jumlah vaksin dos pertama dan kedua yang diberikan di seluruh Turki dalam skop memerangi Covid-19 adalah 42 juta 677 ribu 214.

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan pada sidang media yang diadakannya selepas Mesyuarat Kabinet bahawa mereka telah mencabut perintah berkurung di Turki sepenuhnya, bermula 1 Julai.

Mengenai program vaksinasi Covid-19, Presiden Erdoğan berkata,

"Kami berada di posisi negara yang membuat vaksinasi terbanyak di dunia dibandingkan dengan penduduknya dalam satu minggu terakhir. Matlamat kami adalah untuk membuka vaksinasi kepada semua penduduk kami yang berusia lebih dari 18 tahun dalam beberapa minggu." 



Berita Terkait