Erdoğan: 'Mempercepat Proses Penyertaan Turki ke EU akan Menguntungkan Kesatuan'

Tidak ada jalan penyelesaian selain dialog untuk menyelesaikan masalah politik di rantau ini, kata Erdoğan.

1660201
Erdoğan: 'Mempercepat Proses Penyertaan Turki ke EU akan Menguntungkan Kesatuan'


"Saya percaya bahawa Dokumen Strategi Eropah Tenggara 2030 akan membantu kita mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi yang mampan." Kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.

Presiden Erdoğan mengadakan sidang media selepas "Sidang Kemuncak Proses Kerjasama Negara-negara Eropah Tenggara" di Antalya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa dalam pertemuan itu, mereka menggarisbawahi bahawa Turki mementingkan kestabilan dan kemakmuran rantau itu,

"Kami berusaha untuk mengembangkan solusi bersama untuk masalah seperti keadilan, dasar pertanian, pendidikan, dan memerangi bencana. Kami sangat berhati-hati untuk mencegah perbezaan antara negara-negara dari mempengaruhi kajian secara negatif. Mempercepat proses penyertaan Turki ke Kesatuan Eropah (EU) akan menguntungkan kesatuan itu dalam skala global. Saya percaya bahawa Dokumen Strategi Eropah Tenggara 2030 akan membantu kita mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang mampan." Katanya.

Recep Tayyip Erdogan juga berkata bahawa tidak ada jalan penyelesaian selain dialog untuk menyelesaikan masalah politik di rantau ini.



Berita Terkait