Presiden Erdoğan akan ke Brussels untuk Menghadiri Sidang Kemuncak NATO, yang akan Diadakan Esok

Erdoğan juga dijadualkan bertemu dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

1656885
Presiden Erdoğan akan ke Brussels untuk Menghadiri Sidang Kemuncak NATO, yang akan Diadakan Esok

Presiden Recep Tayyip Erdoğan akan pergi ke Brussels, ibu negara Belgium, untuk menghadiri Sidang Kemuncak NATO, yang akan diadakan esok.

Presiden Erdoğan akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin negara anggota NATO, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Presiden Lithuania Gitanas Nauseda, Presiden Latvia Egils Levits, Perdana Menteri Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri Inggeris Boris Johnson, Perdana Menteri Yunani Kiryakos Mitsotakis.

Erdoğan juga dijadualkan bertemu dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Di samping pakatan dalam NATO, hubungan dua hala dan isu-isu serantau diharapkan menjadi agenda semasa perbincangan.

Pertemuan Erdoğan-Biden akan menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin selepas pemilihan Biden sebagai Presiden AS.

Agenda keutamaan delegasi Turki yang dipimpin oleh Presiden Erdoğan pada Sidang Kemuncak NATO adalah menghormati hak kedaulatan Turki dan kepekaan keselamatan mengenai perkembangan di wilayahnya. Pada sidang kemuncak itu, tekad Turki mengenai isu-isu ini akan ditekankan.

Akan digarisbawahi bahawa Turki adalah negara anggota yang memenuhi tugasnya dalam lingkup aliansi, dan tawaran kerjasama dalam memerangi keganasan dan campur tangan yang berkesan dalam krisis kemanusiaan akan diulang.



Berita Terkait