Hospital Dibina oleh Syarikat Turki di Iraq Rasmi Dibuka

Mustafa Al-Kadhimi merasmikan Hospital Latihan dan Penyelidikan Nasiriyah, yang pembinaannya disiapkan oleh Syarikat Turki

1656657
Hospital Dibina oleh Syarikat Turki di Iraq Rasmi Dibuka

 

Hospital yang dibina oleh sebuah syarikat Turki di Iraq telah rasmi dibuka.

Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi merasmikan Hospital Latihan dan Penyelidikan Nasiriyah, yang pembinaannya disiapkan oleh Syarikat Universal Acarsan Turki di wilayah Zikar.

"Kami merasmikan salah satu hospital paling moden di Iraq. Hospital ini menempatkan banyak jabatan perubatan dan peralatan teknikal." Kata Mustafa Al-Kadhimi, dalam ucapannya semasa perasmi,an hospital.

Menyatakan bahawa hospital ini memiliki 492 katil, Perdana Menteri Iraq mengatakan bahawa kapasitinya akan dikembangkan lebih lanjut di masa yang akan datang.

Duta Besar Turki ke Baghdad Ali Rıza Güney juga menghadiri perasmian itu.

Syarikat Turki yang sama menyelesaikan pembinaan Hospital Imam Hasan al-Mucteba di Karbala dan menyerahkannya kepada kerajaan Iraq tahun lepas.



Berita Terkait