Reaksi Presiden Erdoğan Mengenai Penjualan Senjata AS ke Israel

84 juta penduduk Turki meneruskan pengawasan Jerusalem, kata Erdoğan.

1641060
Reaksi Presiden Erdoğan Mengenai Penjualan Senjata AS ke Israel

 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bereaksi dengan kata-kata "Anda membuat sejarah dengan tangan berdarah anda" terhadap persetujuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai penjualan senjata kepada Israel.

Presiden Erdoğan membuat kenyataan selepas Mesyuarat Kabinet,

"Anda membuat sejarah dengan tangan berdarah anda. Saya mengingatkan anda lagi hari ini bahawa kami 84 juta penduduk Turki meneruskan pengawasan Jerusalem, kita akan meneruskannya. Tanah Palestin dibasuh dengan darah, dan anda menyokongnya.'' Katanya.

"Fakta bahawa AS dan negara-negara pengikutnya mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel pada akhir 2017 dan ia telah meningkatkan selera negara pembunuh ini untuk menumpahkan darah." Kata Presiden Erdoğan.

"Mereka (Israel) adalah pembunuh yang membunuh bayi berusia 5-6 tahun, membunuh wanita yang merangkak di tanah, dan membunuh orang tua. Mereka tidak ada tandingannya." Katanya.

Joe Biden diumumkan telah menyetujui penjualan senjata bernilai 735 juta dolar kepada Israel.

Presiden Erdoğan juga menyatakan bahawa dia mengutuk negara Austria yang mengibarkan bendera Israel di bangunan Perdana Menteri.

"Negara Austria mungkin berusaha membuat orang Islam membayar bil untuk orang Yahudi yang tertakluk kepada pembunuhan beramai-ramai." Katanya.

Presiden Erdoğan juga membuat cadangan, "Pentadbiran Jerusalem oleh sebuah komisi yang terdiri daripada wakil-wakil dari 3 agama akan menjadi cara yang paling betul dan konsisten dalam keadaan sekarang."



Berita Terkait