Turki: "Kami Menjemput Masyarakat Antarabangsa untuk Mengambil Tindakan"

Turki menjemput masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan bagi menghentikan serangan Israel dengan segera

1639411
Turki: "Kami Menjemput Masyarakat Antarabangsa untuk Mengambil Tindakan"

 

Turki menyatakan bahawa telah diketahui dengan penuh keprihatinan bahawa Israel telah memulakan tembakan kereta kebal dan artileri ke Gaza, Turki menjemput masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan bagi menghentikan serangan tersebut dengan segera.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Turki mengingatkan bahawa korban orang awam dalam serangan udara Israel ke atas Gaza meningkat dengan pesat, sekolah-sekolah yang bergabung dengan Badan Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengalami kerosakan dan jurukamera serta jurnalis foto Agensi Anadolu (AA) yang bertugas di wilayah itu cedera.

Kementrian menyatakan bahawa keadaan ini jelas menunjukkan serangan Israel yang tidak proporsional dan tanpa pandang bulu, Turki prihatin bahawa Israel mula menembak dengan kereta kebal dan artileri ke atas Gaza, dan Turki menjemput masyarakat antarabangsa segera mengambil tindakan bagi menghentikan serangan ini, yang akan menyebabkan lebih banyak korban jiwa. 

"Kami mengharapkan rahmat Tuhan kepada saudara-saudara Palestin kami yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan Israel, kami berharap penyembuhan segera kepada yang cedera, dan kepada pekerja AA. Turki akan terus berdiri teguh dengan rakyat Palestin dalam tujuan yang adil ini." Kata Kementrian.



Berita Terkait