Qatar Puji Langkah Positif Turki di Geografi Arab

Qatar mempunyai hubungan baik dengan Turki dan kami menginginkan hubungan Turki-Arab yang baik untuk kepentingan rantau tersebut

1636185
Qatar Puji Langkah Positif Turki di Geografi Arab

 

Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani sangat memuji langkah-langkah positif Turki dalam geografi Arab.

Al Thani, dalam wawancara dengan saluran Al Jazeera yang berpusat di Qatar mengatakan,

"Kami melihat pergerakan positif. Turki adalah sebahagian daripada rantau itu dan memperhatikan keselamatan rantau. Kami mempunyai hubungan baik dengan Turki dan kami menginginkan hubungan Turki-Arab yang baik untuk kepentingan rantau tersebut."

Rundingan politik antara Turki dan delegasi kementerian luar Mesir bermula di Kaherah, ibu negara Mesir, pada 5 Mei.

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Negeri Turki, disebutkaan bahawa perbincangan eksplorasi yang dilakukan oleh delegasi Turki dan Mesir dilakukan dalam konteks yang ikhlas dan komprehensif, dan kedua-dua negara akan menilai hasil rundingan pusingan ini dan menentukan langkah seterusnya.



Berita Terkait