Erdoğan: ''Proses Baharu telah Dimulakan dengan Mesir''

Presiden Erdoğan mengingatkan perbincangan Turki dan Mesir di Kaherah selama dua hari

1636177
Erdoğan: ''Proses Baharu telah Dimulakan dengan Mesir''

 

"Kami dalam usaha untuk mendapatkan semula kesatuan yang datang dari sejarah, dengan rakyat Mesir.'' Kata Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

"Sikap kami terhadap rakyat Mesir sangat positif. Rakyat Mesir dan bangsa Turki mempunyai hubungan sejarah. Kami berusaha untuk mendapatkan kembali dan meneruskan persatuan ini dengan rakyat Mesir, bukan sebagai musuh, tetapi sebagai kawan." Katanya.

Presiden Erdoğan mengingatkan perbincangan Turki dan Mesir di Kaherah selama dua hari antara delegasi yang diketuai oleh Wakil Menteri Duta Besar Luar Turki Sedat Önal dan Wakil Menteri Luar Mesir Duta Besar Hamdi Sanad Loza,

"Proses baharu telah dimulakan dan kami akan meneruskan proses ini dengan memperluasnya." Kata dia.

Mengenai hak harta intelek pada vaksin Covid-19, Recep Tayyip Erdoğan juga mengatakan,

"Pengetahuan adalah milik bersama seluruh umat manusia, tidak boleh ada kecemburuan dalam sains. Dalam hal ini, terutama dalam hal ini (vaksin) yang berkaitan dengan kesihatan manusia, logik untuk tidak memberikannya kepada siapa pun yang kita hasilkan adalah pendekatan yang salah."

Presiden juga membuat kenyataan mengenai vaksin domestik,

"Kami telah mengatakan bahawa kami siap menggunakannya bukan hanya di negara kami, tetapi untuk berbagi dengan mereka semua di mana sahaja terdapat permintaan di dunia.'' Katanya.
 



Berita Terkait