Konsulat Jeneral Turki di Mosul Beroperasi Semula

Konsulat Jeneral Turki di Mosul bersiap sedia untuk berkhidmat dan mula beroperasi lagi.

1635395
Konsulat Jeneral Turki di Mosul Beroperasi Semula

 

Konsulat Jeneral Turki di Mosul, Iraq, mula beroperasi semula.

"Konsulat Jeneral kami di Mosul bersiap sedia untuk berkhidmat dan mula beroperasi lagi. Bekerja siang dan malam untuk keamanan dan kemakmuran rantau kami, Turki akan melayani semula iklim persaudaraan di Mosul. Semoga berjaya bagi negara dan rantau kami." Kata Ketua Komunikasi Fahrettin Altun, dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

Konsul Jeneral Mosul Mehmet Küçüksakallı juga membuat kenyataan menerusi akaun Twitternya,

"Perpisahan sudah berakhir dan kami berada di Mosul. Semoga berjaya. Semoga ini menjadi jalan kebaikan." Katanya.

Konsulat Jeneral Mosul ditutup pada tahun 2014 berikutan serangan organisasi pengganas Daesh.



Berita Terkait