Menteri Kesihatan Turki: ''Penghantaran Pertama Vaksin Sputnik V ke Turki akan Dilakukan Mei''

Lebih banyak vaksin akan datang ke Turki pada bulan Jun, termasuk BioNTech dan Sinovac

1631788
Menteri Kesihatan Turki: ''Penghantaran Pertama Vaksin Sputnik V ke Turki akan Dilakukan Mei''

 

Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca menyatakan bahawa penghantaran pertama vaksin Covid-19 Sputnik V, yang dikembangkan oleh Rusia, ke Turki akan dilakukan pada bulan Mei.

Pada sidang media yang diadakan di Antalya, Menteri Fahrettin Koca menyatakan bahawa vaksin Sputnik V akan digunakan di Turki secepat mungkin,

"Penghantaran vaksin Sputnik V pertama, 50 juta dos dalam 6 bulan, akan dilakukan pada bulan Mei. Akan menjadi jelas berapa banyak vaksin yang boleh datang dalam seminggu dan 10 hari." Katanya.

Lebih banyak vaksin akan datang ke Turki pada bulan Jun, termasuk BioNTech dan Sinovac, kata Menteri Koca.

"Kami bertekad untuk memvaksinasi warganegara kami yang berusia lebih daripada 40 tahun pada bulan Jun. Sehingga musim panas, kami berusaha keras untuk memberi vaksin kepada semua orang yang berumur 18 tahun ke atas.'' Tambahnya.



Berita Terkait