Covid-19, Turki Menandatangani Perjanjian untuk Menerima 50 Juta Dos Vaksin Sputnik V

Fahrettin Koca menyatakan bahawa persiapan untuk ujian fasa-3 vaksin tidak aktif domestik akan dimulakan dalam beberapa hari ke depan.

1630295
Covid-19, Turki Menandatangani Perjanjian untuk Menerima 50 Juta Dos Vaksin Sputnik V

 

Dalam perjuangan menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), di Turki kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam masa 24 jam adalah 341 orang.

Dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 39 ribu 398.

Dalam tempoh yang sama, 283 ribu 261 ujian dilakukan dan 2 ribu 728 kes baharu dikesan. Jumlah kes sehari ialah 40 ribu 444.

Bersama 45 ribu 198 pesakit yang telah menyelesaikan rawatan, bilangan pesakit sembuh adalah meningkat kepada 4 juta 212 ribu 461.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca menyatakan bahawa persiapan untuk ujian fasa-3 vaksin tidak aktif domestik akan dimulakan dalam beberapa hari ke depan.

Menteri Koca, dalam satu kenyataan selepas pertemuannya dengan Jawatankuasa Ilmiah memberikan maklumat;

"Turki menandatangani perjanjian untuk menerima 50 juta dos vaksin Sputnik V dalam masa 6 bulan. Penghantaran pertama akan dilakukan pada bulan Mei." Katanya.



Berita Terkait