Erdoğan: Matlamat Kami Sepenuhnya Menghapus Pengganas di Sempadan Selatan dan Menghilangkan Ancaman

Operasi ini, yang dilakukan dengan menghormati keutuhan wilayah Iraq, akan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembentukan perdamaian dan ketenangan di rantau tersebut." Kata Presiden Erdoğan.

1627572
Erdoğan: Matlamat Kami Sepenuhnya Menghapus Pengganas di Sempadan Selatan dan Menghilangkan Ancaman


Mengenai "Operasi Pençe-Şimşek dan Pençe Yıldırım" terhadap organisasi pengganas pemisah PKK di utara Iraq, Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkata;

"Tujuan kami adalah untuk sepenuhnya menghapus kehadiran pengganas yang cuba dicipta di sempadan selatan kami dan untuk menghilangkan ancaman."

Presiden Erdoğan disambungkan ke Pusat Komando "Operasi Pençe-Şimşek dan Pençe Yıldırım" terhadap organisasi pengganas di utara Iraq.

"Matlamat kami adalah untuk sepenuhnya menghapus kehadiran pengganas yang cuba dicipta di sempadan selatan kami dan untuk menghilangkan ancaman. Tidak ada tempat untuk organisasi pengganas pamisah dan keganasan baik di masa depan Turki maupun Iraq, dan juga Syria. Kami akan meneruskan perjuangan kami sehingga kami membasmi pembunuh ini yang tidak membawa apa-apa selain darah, air mata dan kehancuran ke wilayah kami." Kata Presiden Erdoğan ketika bercakap kepada para tentera.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa penggunaan produk industri pertahanan domestik dan nasional pada tahap maksimum dalam operasi adalah sumber kebanggaan lain, 

"Setakat ini banyak pengganas telah dineutralkan dalam operasi di mana tempat perlindungan dan gua dimusnahkan. Kami bertekad untuk membasmi keganasan dan membebaskan sepenuhnya warga negara kami dari bencana keganasan." Katanya.

''Dalam perjuangan ini, yang dilakukan dengan pengertian (jika saya mati, saya seorang syahid), kami tidak mengenal ada kekuatan yang dapat bertahan menghadapi pahlawan kami, para tentera kami. Operasi ini, yang dilakukan dengan menghormati keutuhan wilayah Iraq, akan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembentukan perdamaian dan ketenangan di rantau tersebut." Kata Presiden Erdoğan.
 



Berita Terkait