Turki Sampaikan Takziah Kepada Rakyat dan Kerajaan Chad

Presiden Idris Deby Itno, mengambil bahagian dalam operasi menentang kumpulan pemisah pada hujung minggu, beliau cedera dalam pertempuran itu dan kemudian meninggal dunia.

1625395
Turki Sampaikan Takziah Kepada Rakyat dan Kerajaan Chad

 

Turki menyatakan sangat berduka atas kematian Presiden Chad Idris Deby Itno akibat pertempuran dengan kumpulan pemberontak.

''Kami mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Chad yang ramah dan bersaudara atas kematian Presiden Chad Idris Deby Itno, yang telah memberi sumbangan penting dalam hubungan persahabatan dan persaudaraan antara Turki dan Chad.'' Kata Kementrian Luar Turki dalam kenyataan bertulis. 

Kementrian menyatakan Turki berduka atas kematian Presiden Chad Idris Deby Itno akibat pertempuran dengan kumpulan pemberontak.

Jurucakap Tentera Darat Chad Azem Bermandoa Agouna mengumumkan di televisyen nasional pada 20 April bahawa Presiden Idris Deby Itno, 68, mengambil bahagian dalam operasi menentang kumpulan pemisah bernama Chad Change dan Unity Front di utara negara itu pada hujung minggu, beliau cedera dalam pertempuran itu dan kemudian meninggal dunia.



Berita Terkait