Libya Jemput Syarikat Turki Kembali ke Libya Secepat Mungkin

Sebuah delegasi menteri Turki merancang untuk melawat Libya dalam masa dekat

1625179
Libya Jemput Syarikat Turki Kembali ke Libya Secepat Mungkin

 

Naib Presiden Majlis Presiden Libya, Abdullah al-Lafi mengatakan bahawa syarikat-syarikat Turki harus kembali ke Libya secepat mungkin bagi menyumbang kepada penyusunan semula negaranya.

Menurut kenyataan bertulis dari pejabat akhbar Majlis Presiden Libya, Naib Presiden Majlis Presiden Abdullah al-Lafi dengan Duta Besar Turki ke Libya, Kenan Yılmaz bertemu di ibu negara Tripoli.

Naib Presiden Abdullah al-Lafi, menceritakan peranan Turki dalam menyokong proses politik, keamanan dan kestabilan di Libya. Dia juga menjemput syarikat Turki ke negaranya, 

"Syarikat-syarikat Turki perlu kembali ke Libya secepat mungkin bagi menyumbang kepada penstrukturan semula Libya. Kami sangat dapat memanfaatkan pengalaman syarikat-syarikat Turki dalam bidang elektrik." Katanya.

Duta Besar Turki ke Libya Yılmaz, mengatakan bahawa sebuah delegasi menteri besar merancang untuk melawat Libya dalam masa dekat bagi membincangkan peningkatan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Yılmaz menekankan kedalaman hubungan sejarah dan hubungan antara kedua-dua negara, dan menyatakan kesediaan Turki untuk menyokong perdamaian nasional.

Perdana Menteri Libya Abdul Hamid Mohammed Dbeibeh dengan diiringi oleh delegasi yang terdiri daripada 5 timbalan perdana menteri, 14 menteri dan Ketua Kakitangan telah datang ke Turki pada 12 April.

Lima perjanjian ditandatangani antara kedua-dua negara di hadapan Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Perdana Menteri Libya Abdul Hamid Mohammed Dbeibeh.



Berita Terkait