Alat Pernafasan Buatan Turki Digunakan di Lebih Daripada 30 Negara

Sekitar 50 peratus alat pernafasan yang dihasilkan, dieksport ke luar negara

1625073
Alat Pernafasan Buatan Turki Digunakan di Lebih Daripada 30 Negara

 

Alat pernafasan tempatan Turki menjadi nafas kepada orang-orang di lebih daripada 30 negara.

Pengasas dan Pengurus Besar Biomedical Biosys, Cemal Erdoğan mengatakan bahawa di bawah kepemimpinan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perindustrian dan Teknologi, dengan mobilisasi jurutera Arçelik, ASELSAN, Baykar dan Biosys, Peranti Ventilator Mekanikal Jenis Perawatan Intensif Biovent, yang pengeluaran besar-besarannya dimulakan tahun lepas, dapat dihasilkan sehingga 300 unit sehari pada kapasiti maksimum.

Kira-kira 20 ribu peranti telah dihasilkan setakat ini, kata Cemal Erdoğan, yang menyatakan bahawa saat ini ia aktif digunakan di 81 provinsi Turki dan di banyak negara.

Cemal Erdoğan menyatakan bahawa sekitar 50 peratus alat pernafasan yang dihasilkan, dieksport ke luar negara, 

''Teknologi domestik yang berasal dari Turki, terus menjadi nafas kepada orang-orang di lebih daripada 30 negara termasuk daripadanya Brazil, Kazakhstan, Azerbaijan dan Romania. Kami juga mempunyai banyak peranti yang dihantar ke Afrika untuk tujuan membantu.'' Katanya.

Cemal Erdoğan menyatakan bahawa alat pernafasan domestik mempunyai lebih dari cukup ciri berbanding dengan yang serupa dengannya dan bahawa ciri "Terapi Oksigen Aliran Tinggi" di dalamnya sangat berguna dalam rawatan jenis baru coronavirus (Covid-19).



Berita Terkait