Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 19 April 2021

1623847
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Vatan: ''Persidangan Antarabangsa mengenai Peristiwa 1915''

'Persidangan Antarabangsa mengenai Peristiwa 1915', yang dianjurkan oleh Direktorat Komunikasi Presiden dengan tujuan membincangkan latar belakang sejarah, dimensi undang-undang dan refleksi Peristiwa 1915 pada hari ini, akan diadakan dalam talian esok.

 

Akhbar Star: ''Menteri Varank, 'Kami adalah yang paling maju di dunia dalam vaksin VLP''

Menteri Perindustrian dan Teknologi Turki Mustafa Varank, yang secara sukarela disuntik vaksin pada Fasa-1 fasa percubaan vaksin asli berdasarkan VLP (berdasarkan zarah seperti virus) ke atas manusia, menyatakan bahawa vaksin tersebut tidak mempunyai kesan sampingan dan berkata, "Pembangunan dan infrastruktur vaksin kami kuat. Kami adalah yang paling maju di dunia dalam vaksin VLP".

 

Akhbar Sabah: "Lapangan Terbang Istanbul kekal berada di puncak Eropah"

Menurut laporan lalu lintas penerbangan Pertubuhan Keselamatan Navigasi Udara Eropah (EUROCONTROL), Lapangan Terbang Istanbul menduduki tempat pertama di antara lapangan terbang Eropah dengan 604 penerbangan dilakukan pada 14 April.

 

Akhbar Yeni Şafak: "Penerbangan terus dari UAE ke Bodrum dan Trabzon"

FlyDubai Airlines, sebuah syarikat milik Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengumumkan bahawa ia akan melancarkan penerbangan terus ke Trabzon dan Bodrum dalam masa dua bulan. Penerbangan Trabzon akan dilakukan 3 kali seminggu. Sedangkan penerbangan Bodrum akan diadakan dua kali seminggu.

 

 



Berita Terkait