Erdoğan: ''Perjuangan Turki Melawan Wabak Telah Ditunjuk Sebagai Contoh''

Presiden Erdoğan menekankan bahawa setiap tahun beratus-ratus ribu orang asing, mencari penyembuhan di hospital-hospital di Turki,

1623189
Erdoğan: ''Perjuangan Turki Melawan Wabak Telah Ditunjuk Sebagai Contoh''

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, mengatakan bahawa perjuangan Turki memerangi wabak Covid-19, telah dijadikan sebagai contoh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan media Barat.

Presiden Erdoğan bercakap pada Majlis Perasmian Jambatan Hasankeyf-2 dengan sambungan langsung dari Huber Mansion di Istanbul.

Merujuk kepada pengembangan Turki dalam bidang kesihatan dalam ucapannya, Presiden Erdoğan berkata;

"Warganegara kami tidak lagi pergi ke luar negeri untuk perkhidmatan kesihatan. Sekarang orang asing yang datang ke Turki, melihat jalan, jambatan, lapangan terbang kita dengan iri hati.'' 

Presiden Erdoğan menekankan bahawa setiap tahun beratus-ratus ribu orang asing, mencari penyembuhan di hospital-hospital di Turki,

"Perjuangan Turki melawan wabak Covid-19 ditunjuk sebagai contoh baik oleh WHO maupun media Barat. Kami menggunakan 20 juta dos vaksin kepada warganegara kami dalam suasana di mana hampir 100 negara di dunia belum mencapai dos pertama vaksin.'' Katanya.



Berita Terkait