Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 13 April 2021

1620007
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Presiden Erdoğan: Kami akan terus menyokong Libya"

Selepas perjanjian yang ditandatangani antara Turki dan Libya, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan membuat kenyataan bersama dengan Perdana Menteri Libya Abdul Hamid Dbeibeh. Dalam ucapannya, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa sokongan yang diberikan kepada Libya akan berterusan dan mengatakan "Memorandum persefahaman yang kami tandatangani dengan Libya mengenai bidang kuasa maritim telah menjamin kepentingan nasional dan masa depan kedua-dua negara."

 

Akhbar Vatan: ''Mesir membuat kenyataan mengenai Turki''

Menteri Luar Mesir Sameh Shukri menyatakan bahawa negaranya bersedia menjalin dialog dan hubungan dengan Turki sesuai dengan hukum antarabangsa yang akan menguntungkan kedua-dua negara.

 


Akhbar Hürriyet: "Hürjet sedang bersiap untuk pemasangan"

Dengan siapnya reka bentuk kritikal, Turkish Aerospace Industries, Inc. (TAI) mula menghasilkan bahagian terperinci untuk pesawat latihan jet domestik Hürjet. Ia bertujuan untuk memulakan kerja pemasangan pada akhir tahun ini.

 

Akhbar Star: ''Turkish Airlines (THY) mengekalkan kedudukannya di puncak Eropah''

Menurut laporan lalu lintas penerbangan Pertubuhan Keselamatan Navigasi Udara Eropah (EUROCONTROL) antara 4-11 April, Turkish Airlines (THY) berada di puncak Eropah dengan rata-rata 779 penerbangan setiap hari.,

 



Berita Terkait