Menteri Kesihatan Turki: ''85 Peratus Kes Covid Baharu Disebabkan Mutasi UK''

Fahrettin Koca meminta lebih banyak kepekaan terhadap mengurangkan hubungan rapat antara individu.

1619865
Menteri Kesihatan Turki: ''85 Peratus Kes Covid Baharu Disebabkan Mutasi UK''

 

Dalam perjuangan menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), di Turki kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam masa 24 jam adalah 243 orang.

Dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 34 ribu 182.

Dalam tempoh yang sama, 301 ribu 58 ujian dilakukan dan 2 ribu 671 kes baharu dikesan. Jumlah kes sehari ialah 54 ribu 562.

Bersama 41 ribu 218 pesakit yang telah menyelesaikan rawatan, bilangan pesakit sembuh adalah meningkat kepada 3 juta 372 ribu 629.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca berkata, "85 peratus kes baru disebabkan oleh mutasi UK."

"Dalam waktu dekat, kami akan mencapai kekebalan masyarakat dengan menyediakan kepelbagaian vaksin melalui pemerolehan dan juga pengeluaran vaksin tempatan," kata Menteri Fahrettin Koca selepas pertemuannya dengan Jawatankuasa Ilmiah.

''Ada masa puncak baharu di mana penularan semakin meningkat," Kata Menteri Koca, yang meminta lebih banyak kepekaan terhadap mengurangkan hubungan rapat antara individu.



Berita Terkait