Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 8 April 2021

1617003
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky akan datang ke Turki''

Sementara ketegangan di sempadan Ukraine-Rusia berterusan, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky akan datang ke Turki pada 10 April. Dalam rangka lawatan yang akan diadakan dalam ruang lingkup Majlis Kerjasama Strategik Tingkat Tinggi, pemimpin Ukraine akan bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

 

Akhbar Hürriyet "Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Lütfi Elvan menghadiri Mesyuarat Menteri G-20"

Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Turki, Lütfi Elvan, menyatakan bahawa dia mengambil bahagian dalam Mesyuarat Menteri G-20, "Kami menyinggung tentang kekuatan negara-negara membangun dalam pemulihan global. Kami membuat keputusan konkrit untuk menyokong negara-negara berpendapatan rendah." Katanya.

 

Akhbar Vatan: "Menteri Karaismailoğlu mengumumkan: minggu pertama bulan Mei .."

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Adil Karaismailoğlu mengatakan, "Turksat 5A akan mencapai orbit timur 31 darjah pada minggu pertama bulan Mei. Kami akan melancarkan satelit komunikasi Türksat 5B ke angkasa pada suku keempat tahun ini."

 

Akhbar Sabah: "18 juta penumpang dilayan dalam tiga bulan pertama tahun ini"

Di Turki, hampir 18 juta penumpang dilayan dalam tiga bulan pertama tahun ini di lapangan terbang di mana semua langkah pencegahan coronavirus diambil. Sejumlah 238 ribu 448 lalu lintas pesawat telah direalisasikan.



Berita Terkait