Covid-19: ''Tak Lama Lagi Turki akan Memenuhi Kebutuhan Vaksinnya dengan Pengeluarannya Sendiri''

Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca, menyatakan bahawa Turki tidak lama lagi akan memenuhi keperluan vaksinnya dengan pengeluarannya sendiri.

1612485
Covid-19: ''Tak Lama Lagi Turki akan Memenuhi Kebutuhan Vaksinnya dengan Pengeluarannya Sendiri''

 

Dalam perjuangan menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), di Turki kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam masa 24 jam adalah 152 orang.

Dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 31 ribu 537.

Dalam tempoh yang sama, 240 ribu 12 ujian dilakukan dan 1.401 kes baharu dikesan. Jumlah kes sehari ialah 39 ribu 302.

Bersama 19 ribu 193 pesakit yang telah menyelesaikan rawatan, bilangan pesakit sembuh adalah meningkat kepada 3 juta 14 ribu 226.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca, menyatakan bahawa Turki tidak lama lagi akan memenuhi keperluan vaksinnya dengan pengeluarannya sendiri.

Menteri Koca membuat kenyataan selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Ilmiah,

"Sekiranya hasil vaksin intranasal pada sukarelawan seperti yang diharapkan, vaksin ini akan menjadi vaksin Covid yang unik di dunia." Katanya.



Berita Terkait