Erdoğan Menyeru Negara-Negara untuk Memberi Lebihan Vaksin ke Negara yang Memerlukan

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa apabila kajian vaksinasi tempatan selesai, mereka berencana untuk menawarkan vaksin untuk penggunaan seluruh umat manusia.

1611498
Erdoğan Menyeru Negara-Negara untuk Memberi Lebihan Vaksin ke Negara yang Memerlukan

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa negara-negara yang memiliki dos untuk memvaksinasi warganegara sendiri, harus memberikan vaksin berlebihan mereka ke negara-negara yang memerlukan.

Presiden Erdoğan menghantar mesej video ke acara dalam talian yang bertajuk "Pembiayaan Pembangunan Covid-19 dan Selepas itu", yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan penyertaan ketua-ketua negara dan kerajaan.

"Sementara ada negara yang telah memvaksinasi hampir seluruh populasi mereka, ia membimbangkan umat manusia bahawa berbilion orang tidak dapat mengakses bahkan dos pertama vaksin." Katanya.

"Ketidakadilan yang menjadi semakin jelas dengan wabak ini, dengan masalah vaksin (Covid-19) ia menjadi semakin serius. Kami melihat bahawa hampir 100 negara di seluruh dunia belum mendapat vaksin." Kata Presiden Erdoğan.

"Padahal, jelas bahawa wabak itu tidak akan berakhir dan pemulihan ekonomi tidak akan berlaku tanpa memastikan akses yang adil untuk vaksin. Negara-negara yang mempunyai dos untuk memvaksinasi warganegara sendiri perlu memberikan lebihan vaksin mereka ke negara-negara yang memerlukan." Tambahnya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa apabila kajian vaksinasi tempatan selesai, mereka berencana untuk menawarkan vaksin untuk penggunaan seluruh umat manusia dalam keadaan yang paling baik.



Berita Terkait