Turki Sampaikan Takziah ke Equatorial Guinea

Turki sangat berduka atas kematian banyak orang dan beratus-ratus orang cedera dalam letupan yang berlaku semalam di depot peluru sebuah pangkalan tentera di Bata, Equatorial Guinea.

1597137
Turki Sampaikan Takziah ke Equatorial Guinea

 

Turki menyampaikan takziah kepada Equatorial Guinea atas letupan-letupan yang berlaku di depot peluru pangkalan tentera yang telah menyebabkan kematian ramai orang.

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Turki, dinyatakan bahawa Turki sangat berduka atas kematian banyak orang dan beratus-ratus orang cedera dalam letupan yang berlaku semalam di depot peluru sebuah pangkalan tentera di Bata, Equatorial Guinea.

"Kami mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Equatorial Guinea atas peristiwa yang menyedihkan ini, kami sampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan saudara-mara mereka yang kehilangan nyawa, dan kami berharap pemulihan segera kepada yang cedera." Kata Kementrian.

Menteri Kesihatan Equatorial Guinea Salud berkongsi maklumat bahawa 20 orang telah terkorban dan 600 orang cedera dalam letupan yang berlaku semalam di pangkalan tentera Nkoa Ntoma.

Dilaporkan bahawa banyak rumah berhampiran barak musnah dan banyak orang terkubur runtuhan bangungan akibat letupan di gudang senjata tentera.



Berita Terkait