Turki-Jerman Bincangkan Hubungan Dua Hala dan Isu Serantau

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bertemu dengan Canselor Jerman Angela Merkel melalui sidang video.

1596031
Turki-Jerman Bincangkan Hubungan Dua Hala dan Isu Serantau

 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bertemu dengan Canselor Jerman Angela Merkel melalui sidang video.

Menurut Direktorat Komunikasi, kedua-dua pemimpin itu membincangkan hubungan Turki-Jerman dan isu-isu serantau.

Dalam pertemuan itu, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa beliau sangat mementingkan kelanjutan hubungan dan dialog berkala dengan Canselor Jerman Merkel.

Presiden Erdoğan menyatakan Turki dengan penuh tekad meneruskan perjuangannya memerangi wabak coronavirus (Covid-19), dan menyatakan bahawa mereka telah memulakan proses normalisasi secara bertahap dan terkawal dan meneruskan program vaksinasi dengan pantas. Presiden Erdoğan mengatakan beliau yakin bahawa pelancongan akan bermula pada bulan April dengan cara yang tidak terhalang dan selamat seiring dengan perkembangan positif.

Dalam pertemuan itu, Presiden Erdoğan juga menekankan bahawa Turki adalah satu-satunya negara yang melindungi dan memberi bantuan kepada berjuta-juta warga Syria yang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria, dan berkata bahawa Kesatuan Eropah (EU) harus memberikan sokongan kewangan dan teknikal untuk pulangan sukarela.

Menyinggung isu memperbaharui Konsensus 18 Mac, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa Turki mempertahankan sikap konstruktifnya dalam isu-isu Mediterranean Timur dan Aegean.

Dalam pada itu, Presiden Erdoğan menyatakan pentingnya kerajaan baharu di Libya untuk mengambil suara keyakinan dan memulakan tugasnya secepat mungkin.

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu, Jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) Ömer Çelik, Pengarah Komunikasi Fahrettin Altun dan Jurucakap Presiden Ibrahim Kalın turut hadir dalam pertemuan itu.

 



Berita Terkait