Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 5 Mart 2021

1595568
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Sabah: ''Berita duka dari Bitlis''

Kementerian Pertahanan Nasional memaklumkan bahawa helikopter jenis Cougar milik Angkatan Darat, yang berlepas dari Bingöl ke Tatvan semalam, mengalami kemalangan. 11 tentera di helikopter mati syahid, 2 tentera cedera. Presiden Recep Tayyip Erdoğan menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Menteri Pertahanan Nasional Hulusi Akar. Presiden Erdoğan mengharap rahmat Tuhan bagi para tentera yang gugur, mengucapkan takziah kepada keluarga mereka dan Angkatan Bersenjata Turki, dan mengharap kesembuhan segera kepada tentera yang cedera.

 

Akhbar Haber Türk: "Kenyataan dari Presiden Erdoğan"

Dalam ucapannya di Sidang Kemuncak ke-14 Pemimpin Organisasi Kerjasama Ekonomi semalam, Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa memerangi wabak jenis baru coronavirus, yang telah berubah menjadi bencana global, dapat dimenangkan dengan solidariti yang kuat. Presiden Erdoğan juga menyatakan bahawa berakhirnya sekatan sepihak terhadap Iran akan menyumbang kepada kemakmuran wilayah tersebut.

 

Akhbar Hürriyet: "Pilihan yang sama untuk percutian. Sekatan dicabut, permintaan percutian di Turki meningkat"

Persatuan Pengendali Pelancongan Rusia (ATOR), menyatakan bahawa dengan penghapusan sekatan Covid-19 di Turki, warganegara Rusia memilih Turki untuk bercuti. Pada hari-hari sebelumnya Britain juga mengumumkan bahawa Turki adalah salah satu negara yang paling banyak dipilih untuk cuti tahun ini.

 


Akhbar Vatan: "Anadolu Efes kalahkan Valencia Basket"

Pada minggu ke-27 Bola Keranjang THY Europa League, Anadolu Efes mengalahkan pasukan Sepanyol Valencia Basket 99-83 di gelanggangnya. Dengan keputusan ini, Anadolu Efes meraih kemenangan ke-16 dalam organisasi. Valencia, sebaliknya, mengalami kekalahan ke-13.

 



Berita Terkait