Akhbar Nigeria Berikan "Global Muslim Personality Award" Kepada Presiden Erdoğan

Untuk ketiga kalinya, Presiden Erdoğan dianugerahkan "Global Muslim Personality Award", yang diberikan oleh Muslim News Nigeria sejak tahun 2018.

1591537
Akhbar Nigeria Berikan "Global Muslim Personality Award" Kepada Presiden Erdoğan

 

Akhbar Muslim News Nigeria yang diterbitkan di Nigeria, memutuskan untuk memberikan ''Global Muslim Personality Award'' tahun 2020 kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

Rasheed Abubakar, penerbit Akhbar Muslim News Nigeria mengumumkan keputusan "Global Muslim Personality Award" 2020 dengan hashtag #MNAwards2020.

Untuk ketiga kalinya, Presiden Erdoğan dianugerahkan "Global Muslim Personality Award", yang diberikan oleh Muslim News Nigeria sejak tahun 2018.

Dalam kenyataannya Rasheed Abubakar berkata bahawa walaupun tahun 2020 adalah tahun yang sangat sukar bagi dunia kerana wabak Covid-19, Erdoğan tetap komited untuk visi dan misi yang adil.

Abubakar menyatakan bahawa kehadiran Presiden Erdoğan sebagai pemimpin yang mempunyai visi bermanfaat bukan hanya untuk Turki tetapi juga sebuah nikmat bagi masyarakat Islam global.

Rasheed Abubakar menyatakan bahawa antara pencapaian Presiden Erdoğan adalah pembukaan semula Masjid Hagia Sophia, pembebasan wilayah Nagorno-Karabakh, penyediaan pakej bantuan kepada negara-negara yang sangat terkena dampak Covid-19, bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Islam, komitmen yang tidak tergoyahkan untuk perjuangan Palestin, dan tidak berdiam diri terhadap Islamofobia.



Berita Terkait