Mesej Erdoğan Memperingati Pembunuhan Khojaly Ke-29 Tahun

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa Turki akan terus berpihak kepada Azerbaijan dalam perjuangannya yang sah.

1591288
Mesej Erdoğan Memperingati Pembunuhan Khojaly Ke-29 Tahun

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa Turki akan terus berpihak kepada Azerbaijan dalam perjuangannya yang sah.

Sempena ulang tahun ke-29 Pembunuhan Khojaly, Presiden Erdoğan mengeluarkan mesej menerusi akaun media sosialnya Twitter.

Dalam mesejnya, beliau menggunakan ungkapan "Dengan penuh rahmat saya mengenang saudara-saudara Azerbaijan kami yang dibunuh dengan kejam di Khojaly 29 tahun yang lalu",

"Pada peringatan ke-29 tahun Pembunuhan Khojaly, yang tidak akan kita lupakan kepedihannya dan kita akan mengenang kesedihannya lagi; Dengan penuh rahmat saya mengenang 613 saudara Azerbaijan kami yang dibunuh dengan kejam, tidak kira wanita, kanak-kanak atau orang tua, dan saya mengucapkan takziah kepada orang-orang Azerbaijan yang ramah dan bersaudara. Kami adalah satu bangsa, dua negeri. Turki akan terus menyokong perjuangan Azerbaijan yang sah." Kata Presiden Erdoğan.



Berita Terkait