Turki: ''Pertemuan dengan Yunani Diadakan dalam Persekitaran yang Sangat Positif''

Isu-isu yang tidak dipersetujui kedua-dua negara memang ada sejak sekian lama.

1572601
Turki: ''Pertemuan dengan Yunani Diadakan dalam Persekitaran yang Sangat Positif''

 

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menamakan perbincangan penerokaan antara Turki dan Yunani, sebagai "perbincangan nasihat", "Ia berlaku dalam persekitaran yang sangat positif," katanya.

Mevlüt Çavuşoğlu dan Simon Coveney, Menteri Luar dan Pertahanan Ireland, mengadakan sidang media bersama selepas pertemuan mereka di Kementerian.

"'Perbincangan nasihat', yang sebelumnya dikenal sebagai 'perbincangan penerokaan', yang tidak diadakan selama lima tahun, berlangsung di Istanbul pada hari Isnin. Rakan-rakan kami kemudian memberitahu kami, pertemuan itu diadakan dalam persekitaran yang sangat positif." Kata Menteri Mevlüt Çavuşoğlu mengenai soalan yang berkaitan dengan perbincangan penerokaan antara Yunani dan Turki.

Menteri Çavuşoğlu mengingatkan bahawa pertemuan pusingan ke-61 telah diadakan,

"Apa pun yang dibincangkan sebelumnya, mereka juga dibincangkan pada pertemuan ini. Sudah tentu, satu atau semua masalah tidak dijangka dapat diselesaikan dalam satu pertemuan. Penting untuk memulakannya semula, dan sudah tentu sekarang giliran Yunani menjadi tuan rumah." Katanya.

Çavuşoğlu mengatakan isu-isu yang tidak dipersetujui kedua-dua negara memang ada sejak sekian lama,

"Rundingan mengenai bagaimana menyelesaikan masalah ini akan bermanfaat, sekurang-kurangnya agar ketegangan antara kedua-dua negara jiran menurun sekarang dan mungkin untuk mencari jalan keluar tetap untuk masalah-masalah ini di masa depan." Tambah dia.

 



Berita Terkait