Duta Besar Turki ke Washington Ucap Tahniah Kepada Presiden AS Joe Biden

Serdar Kılıç mengucapkan tahniah kepada Presiden AS Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris, yang memulakan tugas mereka semalam.

1568037
Duta Besar Turki ke Washington Ucap Tahniah Kepada Presiden AS Joe Biden

 

Duta Besar Turki ke Washington, Serdar Kılıç, mengucapkan tahniah kepada Joe Biden yang mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Menerusi akaun Twitternya, Serdar Kılıç mengucapkan tahniah kepada Presiden AS Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris, yang memulakan tugas mereka semalam.

"Saya berharap pentadbiran baharu ini akan menunjukkan niat baik untuk memperkuat hubungan AS dengan sekutunya yang lama, sambil membentuk pakatan baharu bagi melayani keamanan dan keselamatan antarabangsa dan serantau dengan lebih baik." Katanya.



Berita Terkait