Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 19 Januari 2021

1566294
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Hürriyet: ''Erdoğan: Kami melakukan reformasi yang diperlukan untuk peningkatan ekonomi yang kuat"

Dalam kenyataannya semalam, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa mereka telah membuat terobosan yang tepat dalam setiap bidang dari pendidikan hingga kesehatan, dari pengangkutan ke tenaga, dari industri ke perdagangan. "Kami melakukan reformasi yang diperlukan untuk kenaikan ekonomi yang kuat, kami menerapkan dasar yang kami kembangkan dengan tekad. Kami menggerakkan potensial Turki dengan pendekatan yang tertumpu kepada pelaburan, pengeluaran, pertumbuhan, pekerjaan dan eksport." Kata Presiden Turki Erdoğan.

 


Akhbar Haber Türk: "Çavuşoğlu bertemu dengan Maas"

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu membuat kenyataan selepas pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Heiko Maas, di Ankara semalam. Kedua-dua menteri menyatakan bahawa perlunya melihat ke hadapan dalam hubungan antara Kesatuan Eropah dengan Turki, mereka telah menekankan agenda positif.

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Menteri Akar: Kami siap untuk semua jenis kerjasama dengan Iraq dalam memerangi PKK"

Menteri Pertahanan Nasional Turki Hulusi Akar, yang mengadakan perbincangan di Iraq semalam, menyatakan bahawa kerjasama dan koordinasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memerangi organisasi pengganas pemisah PKK, "Kami bersedia untuk semua jenis kerjasama dengan Iraq. Satu-satunya tujuan kami adalah keselamatan rakyat kami, melindungi sempadan kami, hidup dalam kedamaian dan kesejahteraan di dalam sempadan kami, untuk mempertahankan hak dan kepentingan kami." Katanya.

 

 

Akhbar Star: "Kajian di Türkali-1 telah selesai"

Selepas penemuan gas asli di Medan Gas Sakarya, kerja-kerja di Türkali-1, telaga pengesanan laut dalam pertama yang digerudi, berjaya diselesaikan dalam 77 hari. Kapal gerudi Fatih yang memulakan kerjanya pada 5 November, ia menggerudi di telaga Türkali-1 hingga kedalaman 3 ribu 920 meter.

 

 



Berita Terkait