Presiden Erdoğan Telah Disuntik Vaksin Covid-19

Presiden Recep Tayyip Erdoğan disuntik vaksin Covid-19 di Hospital Bandar Ankara

1564007
Presiden Erdoğan Telah Disuntik Vaksin Covid-19

 

Dalam perjuangan menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), di Turki kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam masa 24 jam adalah 170 orang.

Dengan demikian jumlah orang yang kehilangan nyawa sejak awal wabak adalah 23 ribu 495.

Dalam tempoh yang sama, 169 ribu 847 ujian dilakukan dan 958 kes baharu dikesan. Jumlah kes sehari ialah 8 ribu 962.

Bersama 9 ribu 11 pesakit yang telah menyelesaikan rawatan, bilangan pesakit sembuh adalah meningkat kepada 2 juta 236 ribu 938.

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdoğan disuntik vaksin Covid-19 di Hospital Bandar Ankara.

"Saya juga telah divaksin," kata Presiden Erdoğan, dalam catatannya di aplikasi media sosial Telegram.

Pada hari pertama vaksinasi, 285 ribu orang dari profesional penjagaan kesihatan dalam kumpulan keutamaan menerima vaksin CoronaVac.

Selepas profesional penjagaan kesihatan, kumpulan keutamaan lain juga akan diberi vaksin.



Berita Terkait