Presiden Erdoğan Maklumkan Tarikh untuk Vaksinasi

Presiden Erdoğan membuat kenyataan selepas mesyuarat kabinet.

1561621
Presiden Erdoğan Maklumkan Tarikh untuk Vaksinasi

 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan memaklumkan bahawa vaksinasi terhadap jenis baru coronavirus (Covid-19) akan bermula pada akhir minggu ini.

Presiden Erdoğan membuat kenyataan selepas mesyuarat kabinet.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa titik yang dicapai dalam memerangi Coronavirus (Covid-19) dievaluasi pada pertemuan itu, beliau menarik perhatian terhadap kecenderungan penurunan jumlah kematian dan kes.

Presiden Erdoğan sekali lagi menekankan bahawa kebersihan diri sangat penting dalam memerangi virus, beliau melaporkan bahawa tiga juta dos vaksin dari China telah tiba di Turki, dengan selesainya fasa pengujian, menurut urutan keutamaan yang ditentukan, ia akan mula digunakan pada hari Khamis atau Jumaat.

"Dengan jumlah kes yang berada di bawah jumlah tertentu, kita tentu akan mengurangi sekatan secara bertahap, seperti yang telah kita lakukan sebelumnya." Katanya.



Berita Terkait