Turki Terus Memerangi Keganasan, 13 Pengganas PKK Dineutralkan

Kementrian Pertahanan Turki menekankan bahawa memerangi keganasan berlanjutan tanpa melambatkan pada jam-jam terakhir tahun 2020, seperti yang dilakukan sepanjang tahun.

1555697
Turki Terus Memerangi Keganasan, 13 Pengganas PKK Dineutralkan

 

Tiga pengganas, anggota organisasi pengganas pemisah PKK / YPG, yang cuba menyusup ke wilayah Operasi Peace Spring di Syria, telah dineutralkan.

Menteri Pertahanan Nasional Turki membuat kenyataan menerusi akaun Twitter,

"Tiga pengganas PKK / YPG yang berusaha menyusup ke kawasan Operasi Peace Spring untuk mengganggu keamanan dan persekitaran keselamatan, telah dineutralkan oleh campur tangan Komando Pahlawan kami yang berjaya." Kata Kementrian.

Sebaliknya, 10 pengganas, anggota organisasi pengganas pemisah PKK, yang dikesan di wilayah Metina dan Haftanin di utara Iraq, dineutralkan oleh operasi udara.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Kementrian menekankan bahawa memerangi keganasan berlanjutan tanpa melambatkan pada jam-jam terakhir tahun 2020, seperti yang dilakukan sepanjang tahun.

Kementrian melaporkan 10 pengganas, anggota organisasi pengganas pemisah PKK, yang dikesan melalui pengintaian dan pengawasan di wilayah Metina dan Haftanin di utara Iraq, telah dineutralkan dengan operasi udara.



Berita Terkait