Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 3 Disember 2020

1538645
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Çavuşoğlu bertindak balas keras ke Pompeo yang menuduh Turki dalam pertemuan NATO''

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu memberi jawapan keras kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo, yang mensasarkan Turki dalam mesyuarat NATO terakhir yang dihadirinya bagi pihak kerajaan Donald Trump. Menanggapi kenyataan menteri AS itu, Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa AS menyokong organisasi pengganas di Syria dan negara-negara Eropah berkumpul menentang Turki.

 

Akhbar Vatan: ''Menteri Akar membuat kenyataan kritikal mengenai Nagorno-Karabakh''

Menteri Pertahanan Nasional Turki, Hulusi Akar, membuat kenyataan mengenai tentera Turki yang akan berkhidmat di Nagorno-Karabakh. "Pembinaan Pusat Bersama Turki-Rusia kini sedang berjalan. Rakan-rakan kami akan bertugas di sana dalam masa yang sangat singkat. Jeneral Turki dan Rusia akan bekerja, pegawai Turki dan Rusia akan bekerjasama untuk memantau gencatan senjata dan menjadikannya kekal," kata Menteri Hulusi Akar.

 

Akhbar Sabah: "TRT World Forum 2020 berakhir dengan kenyataan-kenyataan yang membentuk agenda"

TRT World Forum 2020, yang memberi kesan besar kepada dunia dan dianjurkan dengan tajuk "Perubahan Dinamika: Perintah Antarabangsa dalam Dunia Pasca-Pandemik'', telah berakhir. Forum, di mana isu-isu semasa dibincangkan, menjadi tuan rumah banyak nama antarabangsa dari banyak negara tahun ini. Sesi mengenai pelbagai topik diadakan di forum, di samping wabak, isu-isu lain yang berkaitan dengan agenda dunia juga dibincangkan.

 

Akhbar Habertürk "Penjualan kenderaan meningkat 34.6 peratus pada bulan November"

Pada bulan November, penjualan kenderaan meningkat 34.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dan mencecah 64 ribu 357 unit, sedangkan pasaran kenderaan komersial ringan meningkat 52.2 peratus dan mencecah 15 ribu 784 unit. Jumlah pasaran meningkat 72.0 peratus pada tempoh Januari-November tahun 2020 berbanding dengan periode yang sama tahun sebelumnya, mencapai 668 ribu 495 unit.

 



Berita Terkait