Ukraine akan Beli UAV Turki Lagi

Pada tahun 2019, Ukraine telah membeli 6 unit UAV TB2 Bayraktar dan tiga unit stesen kawalan darat dari Turki.

1535165
Ukraine akan Beli UAV Turki Lagi

 

Ketua Staf Jeneral Angkatan Bersenjata Ukraine, Ruslan Khomchack, menyatakan bahawa mereka akan membeli 5 unit kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Turki Bayraktar dari Turki tahun hadapan.

Menurut berita di laman web Armiya inform, Khomchack menyatakan bahawa Ukraine telah memutuskan untuk membeli 5 unit UAV Bayraktar baru pada tahun 2021 dalam ruang lingkup keperluan tentera.

Pada tahun 2019, Ukraine telah membeli 6 unit UAV TB2 Bayraktar dan tiga unit stesen kawalan darat dari Turki.



Berita Terkait