Turki Mengutuk Keras Serangan Armenia Terhadap Orang Awam Azerbaijan

Kementerian Luar Turki, yang mengutuk serangan Armenia di bandar Berde di Azerbaijan, menyeru Armenia untuk berhenti melakukan jenayah perang.

1517128
Turki Mengutuk Keras Serangan Armenia Terhadap Orang Awam Azerbaijan

 

Turki, mengutuk "serangan tidak berperikemanusiaan" Armenia terhadap orang awam Azerbaijan.

Kementerian Luar Turki, yang mengutuk serangan Armenia di bandar Berde di Azerbaijan, menyeru Armenia untuk berhenti melakukan jenayah perang.

Kementrian menekankan bahawa "walaupun gencatan senjata diumumkan pada hari sebelumnya, serangan Armenia yang berterusan terhadap penempatan orang awam di luar zon konflik di Azerbaijan menginjak-injak semua nilai kemanusiaan dan moral sejagat."

Menyatakan bahawa seorang kanak-kanak, 4 orang awam kehilangan nyawa dan 13 orang cedera dalam serangan angkatan bersenjata Armenia ke bandar Berde petang semalam, Kementrian Luar Turki memohon rahmat Tuhan kepada mereka yang kehilangan nyawa, berharap penyembuhan segera kepada yang cedera, dan menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Azerbaijan.

"Kami mengutuk keras serangan Armenia yang tidak berperikemanusiaan ini dan menyeru negara-negara yang mempunyai hati nurani dan tanggungjawab untuk menghentikan jenayah perang yang terus dilakukan oleh Armenia." Tambah Kementrian.



Berita Terkait