Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 27 Oktober 2020

1516466
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Hürriyet: ''Reaksi Sangat Keras dari Erdoğan kepada Pemimpin Eropah: 'Jalan yang Anda Lalui Berakhir Bencana'"

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bercakap semalam di Pusat Kongres dan Kebudayaan Beştepe Millet pada Program Pembukaan Pekan Maulidur Rasul. Presiden Erdoğan memberi amaran kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mensasarkan Islam dan Canselor Jerman, Angela Merkel, yang menjadi penonton serangan masjid di Berlin, ibu kota Jerman : "Akhir dari jalan ini, yang anda masuki untuk menutupi ketidakberdayaan anda, adalah bencana." Katanya.

 

Akhbar Haber Türk: "Menteri Albayrak mengevaluasi data mengenai indeks keyakinan sektoral dan kadar penggunaan kapasiti"

Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Turki, Berat Albayrak, menyatakan bahawa data terbaru yang dikeluarkan semalam, menunjukkan bahawa ekonomi Turki menunjukkan kemajuan dalam memasuki rute untuk menyokong jalan pertumbuhan, "Pada bulan Oktober, indeks keyakinan sektor perkhidmatan meningkat 6.4 peratus, indeks keyakinan sektor perdagangan runcit meningkat 1.7 peratus. Kadar penggunaan kapasiti meningkat kepada 74.9 peratus," katanya.

 

Akhbar Vatan: "Menteri Varank membuat penjelasan mengenai 'pertumbuhan'"

"Dalam dua suku terakhir, Turki menunjukkan prestasi pertumbuhan yang kuat untuk mengelakkan kerosakan minimum pada tahun 2020. Belanjawan kami telah meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun lepas." Kata Menteri Perindustrian dan Teknologi Turki Mustafa Varank, dalam satu kenyataan semalam.

 

Akhbar Sabah: ''TOGG mengumumkan butiran yang sangat dinanti-nantikan"

Dengan video yang dikongsi menerusi akaun media sosialnya, Turkey's Automobile Initiative Group (TOGG) mengumumkan perincian teknologi bateri yang akan digunakan dalam kereta domestik. Kereta akan mempunyai jarak lebih daripada 300 dan 500 kilometer dan dapat dicaj hingga 80 peratus dalam waktu kurang daripada 30 minit.

 

 



Berita Terkait