Ketua Parlimen Turki Bertemu dengan Presiden Azerbaijan di Baku

Mustafa Şentop, mengatakan bahawa Turki berpihak kepada masalah Azerbaijan yang sah.

1511878
Ketua Parlimen Turki Bertemu dengan Presiden Azerbaijan di Baku

 

Ketua Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki (TBMM/Parlimen) Mustafa Şentop, mengatakan bahawa Turki berpihak kepada masalah Azerbaijan yang sah.

Mustafa Şentop, yang pergi ke Azerbaijan bersama delegasi parlimen untuk mengadakan pertemuan rasmi, bertemu dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev.

Dalam pertemuan itu, Mustafa Şentop menyatakan bahawa persahabatan Azerbaijan dan Turki, yang mempunyai asas bersejarah yang mendalam, merupakan persahabatan yang kuat dan berkekalan yang akan berterusan selamanya,

"Turki berpihak kepada Azerbaijan. Kami bersedia menyokong dan membantu Azerbaijan kapan sahaja ia mahukan," katanya.

"Sokongan Turki kepada Azerbaijan mempunyai banyak sebab. Yang pertama sekali, Azerbaijan adalah rakan dan saudara kami. Tetapi yang kedua, Azerbaijan membela kes yang merupakan haknya; membela tanah air yang dijajah. Semua orang mesti menyokong kes yang benar ini. Sebab penting lainnya ialah: Armenia kini menjadi ancaman bukan hanya untuk Azerbaijan tetapi juga untuk seluruh rantau kami. Armenia adalah organisasi yang tidak mengenal undang-undang, menyerang orang awam dengan mensasarkan mereka, membunuh wanita dan kanak-kanak, sehingga melakukan jenayah perang. Dalam hal ini, Azerbaijan adalah negara yang juga mempertahankan kestabilan rantau. Atas sebab ini, kami bersamanya. " Tambah dia.

Dalam pertemuan itu, Ilham Aliyev menyatakan bahawa lawatan Ketua Parlimen Turki Mustafa Şentop dan delegasinya dalam tempoh yang luar biasa ini, sangat penting dan bermakna bagi mereka, dan berkata bahawa mereka akan terus meningkatkan hubungan baik yang telah dipertahankan sepanjang sejarah dengan pengertian "satu bangsa, dua negara".

Pada pertemuan itu, Aliyev mengucapkan terima kasih kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Ketua Parlimen Mustafa Şentop, delegasi parlimen dan bangsa Turki atas sokongan mereka.

"Sejak serangan Armenia bermula, kenyataan-kenyataan dari saudara saya Recep Tayyip Erdoğan, Ketua Parlimen, Menteri Luar Turki dan Menteri Pertahanan Nasional Turki, adalah menjadi mesej yang jelas kepada seluruh dunia. Melalui anda, saya menyampaikan salam saya kepada saudara saya Recep Tayyip Erdoğan dan kepada bangsa Turki". Katanya.

Mustafa Şentop juga bertemu dengan Presiden Majlis Nasional Azerbaijan, Sahibe Gafarova, dalam kerangka lawatannya di Baku.

Setelah pertemuan dua hala yang diadakan di Majlis Nasional Azerbaijan, pertemuan antara delegasi diadakan.

Dalam ucapannya di sini, Mustafa Şentop mengatakan bahawa selepas serangan Armenia, Turki berpihak kepada Azerbaijan di semua peringkat dan di setiap platform.

Ketua Parlimen Turki Şentop juga menekankan bahawa beberapa negara memberikan bantuan senjata kepada Armenia.

"Kami sedar bahawa ini bermaksud memberi penghargaan kepada Armenia yang merupakan penyerang. Kita mesti memberitahu seluruh dunia tentangnya." Tambah dia.

 



Berita Terkait