Nahas Pesawat di Ukraine, Turki Sampaikan Takziah

Dilaporkan bahawa 25 orang terbunuh dalam kemalangan itu dan dua orang cedera parah.

1497666
Nahas Pesawat di Ukraine, Turki Sampaikan Takziah

 

Jumlah orang yang kehilangan nyawa akibat nahas pesawat tentera di wilayah Kharkiv di Ukraine meningkat kepada 25 orang.

Pejabat Ketua Pendakwa Ukraine membuat kenyataan, yang memaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan terhadap kemalangan pesawat jenis AN-26 milik tentera Ukraine di wilayah Kharkiv.

Dilaporkan bahawa 25 orang terbunuh dalam kemalangan itu dan dua orang cedera parah.

Dalam kenyataan sebelumnya yang dibuat oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine, dinyatakan bahawa dalam kemalangan itu 22 orang terbunuh, 2 orang cedera dan 4 orang sedang dicari.

Institusi itu mengemas kini maklumat "terdapat 28 orang di dalam pesawat" menjadi 27 orang.

Kru dan pelajar Universiti Angkatan Udara Kharkiv berada di dalam pesawat, yang sedang melakukan penerbangan latihan.

Dalam pada itu Gabenor Wilayah Kharkiv, Oleksiy Kucher memaklumkan seorang juruterbang memberitahu punca kejadian adalah kegagalan enjin sebelah kiri pesawat untuk berfungsi namun keadaan itu bukan satu masalah kritikal bagi seorang juruterbang yang berpengalaman.

Telah dilaporkan bahawa Presiden Volodymyr Zelenskiy akan pergi ke wilayah ini hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu mengucapkan takziah kepada Ukraine.

"Saya berkongsi keperitan keluarga mereka yang kehilangan nyawa dalam nahas pesawat di wilayah Kharkiv di Ukraine, dan saya mengucapkan takziah kepada rakan kami rakyat Ukraine." Kata Menteri Turki menerusi Twitter.

Mesej Menteri Mevlüt Çavuşoğlu dipetik di akaun Twitter Kedutaan Besar Ukraine di Ankara,

"Kami mengucapkan terima kasih kepada negara rakan kami Turki."

 



Berita Terkait