Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 25 September 2020

1497224
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Vatan: ''Mesej Mediterranean Timur dari pertemuan Majlis Keselamatan Nasional Turki''

Dalam kenyataan yang diterbitkan selepas  Majlis Keselamatan Nasional Turki bersidang di bawah kepemimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan semalam, mengenai perkembangan di Mediterranean Timur, ia menyatakan bahawa "Sekali lagi dinyatakan mula sekarang negara Turki tidak akan berkompromi mengenai perlindungan hak dan kepentingan bangsa Turki di darat, laut dan udara seperti yang berlaku hingga hari ini. " 

 

Akhbar Star: ''Dengan kejayaannya dalam isu coronavirus, Angkatan Tentera Turki (TSK) meninggalkan pasukan terbaik di dunia di belakangnya''

Angkatan Tentera Turki (TSK) dengan jumlah kes positif Covid-19 paling sedikit berbanding jumlah personelnya, dengan kejayaan ini ia memimpin di depan pasukan tentera penting di dunia seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia, Perancis, Itali dan Inggeris.

 

Akhbar Haber Türk: ''TEKNOFEST di Gaziantep''

Festival Angkasa dan Teknologi 'TEKNOFEST 2020', yang dianjurkan di bawah pimpinan Kementerian Perindustrian dan Teknologi dengan Yayasan Promosi Teknologi Turki (Yayasan T3), telah bermula di Gaziantep. Mengambil bahagian dalam upacara pembukaan festival itu, Menteri Perindustrian dan Teknologi Mustafa Varank mengatakan bahawa ia sangat istimewa, terdapat lebih dari 100 ribu permohonan di festival itu, yang diadakan untuk kali ketiga tahun ini.

 

Akhbar Sabah: ''Langkah penting dari Turki! Akan dihantar ke angkasa pada 30 November"

Satelit Türksat 5A, satelit komunikasi generasi kelima Turki, salah satu daripada 30 negara yang mempunyai satelit, akan dihantar ke angkasa pada 30 November. Turki dengan armada yang akan terbentuk dengan pelancaran satelit baharu, akan melayani ke wilayah yang meluas dari Asia, termasuk Republik Turki hingga ke China, dan geografi yang meliputi Afrika dan Eropah.

 



Berita Terkait