Turki Edarkan Bantuan Kepada Kira-Kira 5000 Orang Mangsa Banjir di Sudan

Ketua Perwakilan Sudan Bulan Sabit Merah Turki, Serdar Yılmaz mengatakan bahawa Bulan Sabit Merah Turki, yang memulakan bantuan kemanusiaan sejurus selepas banjir, telah menyampaikan bungkusan makanan kepada 432 keluarga di wilayah Kalakle, ibu kota Khart

1494179
Turki Edarkan Bantuan Kepada Kira-Kira 5000 Orang Mangsa Banjir di Sudan

 

Bulan Sabit Merah Turki (Türk Kızılay), mengedarkan bungkusan makanan kepada 432 keluarga di Kalakle, salah satu wilayah di ibu kota Khartoum yang paling terjejas semasa bencana banjir di Sudan, dan kepada kira-kira 5,000 orang di seluruh Sudan.

Ketua Perwakilan Sudan Bulan Sabit Merah Turki, Serdar Yılmaz mengatakan bahawa Bulan Sabit Merah Turki, yang memulakan bantuan kemanusiaan sejurus selepas banjir, telah menyampaikan bungkusan makanan kepada 432 keluarga di wilayah Kalakle, ibu kota Khartoum.

Serdar Yılmaz menyatakan bahawa mereka telah mengagihkan daging korban kepada 50 ribu orang yang terjejas oleh banjir di seluruh negara, dia juga menyampaikan bahawa mereka telah menyediakan bungkusan makanan kepada kira-kira 5 ribu orang.

Pertubuhan bukan kerajaan Turki juga memberikan bantuan kemanusiaan bernilai 500 ribu dolar kepada para keluarga mangsa banjir.

Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Turki selain menghantar bungkusan yang mengandungi bahan makanan dan pakej kebersihan, ia juga menyerahkan bantuan seperti daging korban, makanan panas serta selimut dan kelambu untuk melindungi daripada sejuk dan malaria.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri, 121 orang mati dalam banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di negara ini selama beberapa bulan.

Akibat banjir, lebih daripada 100 ribu rumah sebahagian atau sepenuhnya tidak dapat digunakan.

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Sudan pada 5 September mengisytiharkan darurat selama 3 bulan kerana bencana banjir.

 



Berita Terkait