Libya: ''Bersama Turki Kami Mula Melaksanakan Program Pembinaan Semula dan Pembangunan Tentera''

Menteri Pertahanan Libya, Salah Al-Namroush telah mengumumkan pada 17 Ogos bahawa mereka telah bersetuju dengan Menteri Pertahanan Turki dan Qatar mengenai sokongan kepada Libya bagi membina institusi ketenteraan dalam bidang latihan dan perundingan.

1494195
Libya: ''Bersama Turki Kami Mula Melaksanakan Program Pembinaan Semula dan Pembangunan Tentera''

Menteri Pertahanan Libya, Salah Al-Namroush mengumumkan bahawa mereka mula melaksanakan program bersama Turki untuk pembinaan semula dan pembangunan tentera.

Dalam satu kenyataan yang dibuatnya menerusi akaun Facebooknya, Salah Al-Namroush menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan telah bertemu dengan pihak Turki, yang menyokong kerajaan yang sah di Libya, dan bahawa hubungan tersebut terus berlanjutan.

"Bersama dengan pihak Turki, kami telah mula menerapkan program untuk membangun dan menyusun semula angkatan bersenjata, pertahanan udara, angkatan laut, pengembangan pasukan khas dan anti-keganasan."

Salah Al-Namroush menyampaikan bahawa dalam konteks ini, pusat latihan pertama telah disiapkan di sebelah barat ibu kota Tripoli, dan menyatakan bahawa keutamaannya adalah menubuhkan tentera menurut piawaian antarabangsa.

Berita Terkait