Iraq: ''Kami Mementingkan Kesinambungan Hubungan dengan Turki''

Setiausaha Keselamatan Nasional Iraq, Qasim Al-Araji, mengatakan bahawa mereka mementingkan kesinambungan hubungan dengan Turki.

1492890
Iraq: ''Kami Mementingkan Kesinambungan Hubungan dengan Turki''

 

Setiausaha Keselamatan Nasional Iraq, Qasim Al-Araji, mengatakan bahawa mereka mementingkan kesinambungan hubungan dengan Turki.

Menurut kenyataan bertulis yang dibuat oleh Jabatan Keselamatan Nasional Iraq, Al-Araji bertemu dengan Fatih Yıldız, duta besar Turki ke Baghdad, di ibu kota Baghdad.

Semasa pertemuan itu, Al-Araji mengevaluasi hubungan antara kedua-dua negara,

"Kerajaan Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi, mementingkan kesinambungan hubungan antara Iraq dan Turki.'' Katanya.

Duta Besar Turki ke Baghdad Fatih Yıldız menyampaikan bahawa Presiden Recep Tayyip Erdoğan berhasrat mengunjungi Iraq dan membuat jemputan rasmi ke Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi untuk mengunjungi ibu kota Ankara.

"Saya bertemu dengan Setiausaha Keselamatan Nasional Iraq, Qasim Al-Araji, dan saya menekankan betapa negara kita mementingkan hubungannya dengan Iraq dan kehendak kita untuk bekerjasama dalam memerangi keganasan dalam konteks ini. Saya juga menyatakan bahawa kami menghargai pendirian Iraq terhadap politik paksi yang ingin diberlakukan di rantau ini." Kata Duta Besar Fatih Yıldız membuat kenyataan menerusi akaun media sosial mengenai pertemuan itu.

 

 



Berita Terkait