Dalam 10 Hari Turki Neutralkan 118 Pengganas PKK di Utara Iraq dan Syria

Kementrian Pertahanan Nasional Turki juga menekankan bahawa operasi akan diteruskan tanpa melambatkan sehingga pengganas terakhir dineutralkan.

1489348
Dalam 10 Hari Turki Neutralkan 118 Pengganas PKK di Utara Iraq dan Syria

 

Di utara Iraq dan Syria, 21 pengganas anggota PKK / YPG telah dineutralkan dalam 24 jam terakhir, sedangkan dalam 10 hari terakhir 118 pengganas telah dineutralkan.

Kementerian Pertahanan Nasional Turki membuat kenyataan mengenai isu berkenaan,

"Angkatan Tentera Turki yang gagah berani, yang terus memerangi keganasan dengan penuh tekad, efektif dan kuat, telah meneutralkan 21 pengganas PKK / YPG dalam 24 jam terakhir dengan operasi yang berjaya di Iraq dan utara Syria. Dengan demikian, dalam 10 hari terakhir, sejumlah 118 pengganas PKK / YPG telah dineutralkan." Kata Kementrian.

Kementrian Pertahanan Nasional Turki juga menekankan bahawa operasi akan diteruskan tanpa melambatkan sehingga pengganas terakhir dineutralkan.



Berita Terkait