Operasi Claw Tiger di Utara Iraq, Turki Neutralkan 320 Pengganas Setakat Ini

Kementrian Pertahanan Nasional Turki menyatakan bahawa aktiviti pencarian dan pemeriksaan berjaya diselesaikan dalam Operasi Claw Tiger

1485329
Operasi Claw Tiger di Utara Iraq, Turki Neutralkan 320 Pengganas Setakat Ini


Dengan Operasi Claw Tiger, yang sedang dijalankan di utara Iraq, 320 pengganas, anggota organisasi pengganas pemisah PKK, telah dineutralkan.

Menerusi akaun Twitter, Kementrian Pertahanan Nasional Turki menyatakan bahawa aktiviti pencarian dan pemeriksaan berjaya diselesaikan dalam Operasi Claw Tiger, yang dilancarkan di Haftanin, Iraq utara, pada 16 Jun 2020.

Kementrian melaporkan bahawa 320 pengganas, anggota organisasi pengganas pemisah PKK, telah dineutralkan dalam Operasi Claw Tiger setakat ini,

''Pasukan Komando Pahlawan kami memasuki semua tempat penampungan, tempat perlindungan dan gua-gua di rantau ini dan telah memusnahkan sarang-sarang pengganas." Kata kementrian.



Berita Terkait