Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 6 Ogos 2020

1467963
Ringkasan Akhbar Turki

 


Akhbar Hürriyet: ''Turki bertindak untuk bencana Beirut''

Turki memberi bantuan bekalan perubatan, peralatan dan pasukan mencari dan menyelamat disebabkan letupan yang berlaku di Beirut, ibu negara Lubnan. Bahan-bahan yang disiapkan oleh Kementerian Kesihatan, Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) dan Bulan Sabit Merah, dimuat ke dalam pesawat kargo tentera jenis A 400M di Lapangan Terbang Tentera Etimesgut di ibu kota Ankara dan dihantar ke Beirut. Bahan dan peralatan perubatan, bantuan kemanusiaan dan kakitangan mencari dan menyelamat termasuk di dalamnya.

 

Akhbar Vatan: ''Menteri Varank: Kanal Istanbul adalah isu keselamatan strategik "
Menteri Industri dan Teknologi, Varank, membuat kenyataan menerusi laman sosial Twitter, ''2750 tan ammonium nitrat yang menyebabkan letupan dahsyat yang membakar hati kita, ia melintasi Selat Istanbul ketika pergi ke Beirut 6 tahun lepas. Kanal Istanbul, yang ditegaskan oleh Presiden kita, bukanlah perkara mudah, ia adalah isu keselamatan strategik bagi Turki.'' Katanya.

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Turki ketiga di dunia dalam pengeluaran air panas dengan solar panel''

Sementara penjanaan elektrik dengan panel suria sedang meluas, Turki menempati peringkat ketiga di dunia dalam pengeluaran air panas dengan kolektor. Selepas China dan Amerika Syarikat (AS), Turki yang merupakan negara yang mendapat banyak manfaat dari suria dalam menyediakan air panas, menjimatkan tenaga 200 juta dolar setiap tahun.

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Pelancong Jerman dijangka akan memenuhi pantai-pantai Mediterranean dan Aegean''

Jerman yang mencabut amaran perjalanan untuk wilayah Aydın, Antalya, Izmir dan Muğla di Turki yang berada di pesisir Mediterania dan Laut Aegean, membuat para pengusaha hoter gembira. Ülkay Atmaca, Presiden Persatuan Pengurus Hotel Profesional, menyatakan bahawa mereka mengharapkan pelancong Jerman yang ramai setelah keputusan itu.

 

 



Berita Terkait